Thursday, April 7, 2011

kebaikan membaca SURAH YASSIN !


Assalamuailakum dan salam sejahtera kepada semua, syukur alhamdulillah di atas segala nikmat yang telah diberikan olehNya. Ucapan syukur juga kerana diberikan peluang untuk saya berkongsikan sebuah lagi artikel menarik buat anda semua.
Sudah pasti ramai yang mengetahui bahawa surah Yasin yang terkandung di dalam AL-QURAN merupakan sebuah surah yang selalu dibaca oleh umat Islam dan ia selalu dibaca pada malam Jumaat. Tetapi tahukah kita bahawa dengan mengamalkan membaca surah Yasin tidak kira masa, kita akan memperolehi pelbagai khasiat dan kebaikan.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
  1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
  2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
  3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
  4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
  6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
  9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
  11. Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
  12. Sabda Rasullulah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
  13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Begitu banyak khasiat dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui bacaan surah Yasin, seperti yang telah disebut seperti di atas Yasin umpama hati kepada al-Quran. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang pastinya melalui hati, oleh itu marilah kita mendekatkan diri kita kepada Allah S.W.T. melalui ibadah dan bacaan Yasin. Insya-Allah.

Saturday, April 2, 2011

saia bushan !

assalamualaikum dan salam sejahtera buat penghuni blog !
tujuan saia menulis warkah ini untuk melepaskan kebosanan saia .
al-maklumlah cuti semester kan .
tak banyak pun cuti semester .
cuma ada 5 hari ( seminggu je ) .
tapi memang bushan na mampos dok rumah je nie .
daa laa ayah kerja , tak ada masa untuk menemani saia .
adek beradek saia yang laen semuanya bersekolah .
tak tahu na buat pe bila cuti .
huu
:(

na kuar pergi jejalan tak ada transpot pulak !
leceh beno laa .
ayah pulak kedekut na bagi bawak transpot . huu
takpe takpe .
tak kesah .
hee
sabar je niee , lagi 1 bulan na habes kolej da .
yahuu !
kalau da habes kolej mungkin terperap kat rumah lagik !
ooo tidakk !
bushan doee !
agaknya ape yang aku buat nanti .
juz MAKAN, TYDO & FACEBOOK kot .
huu .
tidakk !!!
ada sape na ajak saia kuar jejalan ea ?
saia on jee .
hihi



oke laa kawan-kawan setakat ini sahaja nukilan saia buat semua .
salam sayang buat saia di sini .
okey !
assalamualaikum
:)

Sunday, March 6, 2011

keindahan SYURGA !

kata orang,
dunia ini indah,
tidak kira,
SIANG atau MALAM,
tidak kira,
di KAMPUNG atau DESA,
tidak kira,
dimana sahaja.


tapi.......
kata ayah,
SYURGA lagi indah,
dengan kehadiran,
bidadari-bidadari yang cantik,
dengan tidangan makanan-makanan yang lazat,
dengan janji,
kehidupan yang abadi.


kata aku pulaa.....
dunia memang indah,
tapi tidak seindah SYURGA,
walau di dunia,
ramai wanita-wanita cantik,
tapi...
tidak setanding dengan kecantikkan bidadari di SYURGA,
walau di dunia,
di hidangkan dengan makanan yang lazat,
tetapi tidak setanding
dengan kelazatan di SYURGA,
walau di dunia dijanjikan kemewahan,
dijanjikan dengan wanita-wanita,
dijanjikan dengan status,
tetapi tidak setanding, 
dengan janji di SYURGA,
iaitu kehidupan abadi...◕‿